1. Mengenai Dasar Privasi Ini
Bagi pihak Flabee Sdn Bhd, Dasar Privasi ini,menerangkan bagaimana dan jenis data yang berkaitan dengan anda sebagai individu ("Data Peribadi") dikumpulkan, mengapa ia dikumpulkan, dan kepada siapa ia dikongsi atau didedahkan. Ia juga mengandungi maklumat mengenai hak-hak anda yang berkaitan dengan Data Peribadi anda.
Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti.
Dasar Privasi ini terpakai apabila anda:
Melawat laman web Flabee Sdn Bhd, halaman media sosial, atau premis pejabat fizikal kami.
Melawat mana-mana kedai kami untuk membeli makanan bayi.
Mengakses atau menggunakan mana-mana produk dan perkhidmatan platform kami, termasuklah Flabee AI Insights.
Mendaftar dan/atau menghadiri sebarang acara maya atau secara langsung yang dianjurkan atau dihadiri oleh kami.
Menghubungi sokongan pelanggan kami atau melengkapkan borang di web.
Menyertai aktiviti penyelidikan pengguna kami.
Ataupun berinteraksi atau berkomunikasi dengan kami
Kriteria-kriteria ini selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai "Perkhidmatan" Flabee Sdn Bhd.
Di laman web kami, kami juga mengumpul maklumat data kuki, untuk butiran lanjut sila rujuk bahagian di bawah.
2. Mengenai Kami
Apabila kami merujuk kepada “Flabee” (“kami”, “kita”) dalam Dasar Privasi ini, ia merujuk kepada Flabee Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran syarikat 202101015272 (1415572-M) dan alamat berdaftar di No 19-2 & 21-3, Jalan Taming Permai 1, Kawasan Perniagaan Taming Permai, 43300 Balakong, Selangor dan/atau pemegang lesen kami yang bertanggungjawab ke atas pemprosesan Data Peribadi anda.
Flabee telah melantik Pegawai Perlindungan Data (“DPO”) bagi menyelia pematuhan kami terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (sebagaimana dipinda). Anda boleh menghubungi DPO kami di [email protected] (Subjek: “Perhatian: DPO”). Jika dikehendaki, kami akan memaklumkan/mendaftarkan pelantikan DPO kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi mengikut kaedah yang ditetapkan. Untuk kejelasan, dalam Dasar Privasi ini, “Flabee” bertindak sebagai pengawal data bagi Data Peribadi yang diproses untuk Perkhidmatan kami, dan kami boleh melantik pemproses data untuk memproses Data Peribadi bagi pihak kami tertakluk kepada perlindungan kontrak bertulis.
3. Apakah jenis-jenis Data Peribadi yang kami kumpulkan?
Kami mengumpul dan memproses jenis-jenis Data Peribadi berikut:
(a) Data Maklumat Perhubungan
Data Maklumat Perhubungan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama penuh, alamat emel, nombor NRIC/pengenalan dan nombor telefon.
(b) Data Komunikasi dan Interaksi
Data komunikasi merujuk kepada data yang terhasil daripada interaksi anda dengan kami, contohnya emel, mesej sembang, webinar yang dilawati, fail yang dimuat turun, aktiviti penyelidikan pengguna dan maklumat berkaitan produk. Kami juga mungkin mengumpul maklumat pendaftaran berkaitan dengan kehadiran anda di salah satu acara kami, termasuk maklumat penjadualan, keutamaan makanan atau alahan, dan permintaan aksesibiliti. Semasa menghadiri acara kami, Flabee dan ejen-ejennya mungkin mengambil gambar dan merakam acara dan aktiviti berkaitan acara dalam media visual atau audio. Bagi harta di bawah tanggungjawab Flabee, kami mungkin memproses maklumat pengawasan video (CCTV).
(c) Data Penggunaan Berkaitan Aplikasi
Kami mungkin secara automatik mengumpul dan menganalisis maklumat tentang bagaimana dan sama ada ciri-ciri tertentu Perkhidmatan kami digunakan.
(d) Data Peranti dan Pelayar
Apabila anda sebagai pengguna melawat salah satu laman web dan/atau aplikasi produk kami, data daripada komputer atau peranti mudah alih anda mungkin akan dikumpulkan, seperti jenis peranti, lokasi asas, maklumat mengenai jenis dan versi pelayar, sistem pengendalian dan versinya, penyedia perkhidmatan internet atau pengendali mudah alih, Alamat IP (atau pelayan proksi) serta kawasan geografi yang diperoleh daripada alamat IP anda, masa dan tarikh akses,
tempoh akses, URL rujukan (jika ada), dan pengecam yang membantu kami mengenali peranti anda dan mengesahkan bahawa anda adalah pengguna berlesen.
(e) Kuki Laman Web
Kami menggunakan kuki dan teknologi seumpamanya untuk mengendalikan laman web, mengingati keutamaan, memahami penggunaan, dan (jika diaktifkan) mengukur prestasi pemasaran. Kuki boleh terdiri daripada: (i) Sangat diperlukan (untuk fungsi teras), (ii) Analitik (memahami lawatan dan menambah baik pengalaman pengguna), dan (iii) Pemasaran (mengukur dan menambah baik keberkesanan iklan). Sesetengah kuki mungkin ditetapkan oleh penyedia pihak ketiga yang kami gunakan untuk analitik/pemasaran. Anda boleh mengurus kuki melalui tetapan pelayar dan, jika tersedia, tetapan/banner kuki kami. Jika anda menyahaktifkan kuki tertentu, sesetengah fungsi mungkin tidak berfungsi dengan baik. Jika kami mengaktifkan kuki analitik atau pemasaran pihak ketiga, pihak ketiga tersebut boleh mengumpul atau menerima maklumat berkaitan peranti dan penggunaan laman web anda mengikut amalan privasi mereka sendiri. Anda boleh mengurus keutamaan pada bila-bila masa melalui tetapan pelayar dan, jika tersedia, tetapan/banner kuki kami. Jika dikehendaki oleh undang-undang atau panduan pihak berkuasa yang berkenaan, kami tidak akan meletakkan atau mengaktifkan kuki tidak penting (termasuk kuki analitik dan pemasaran, khususnya kuki pihak ketiga) melainkan dan sehingga anda memberikan kebenaran melalui tetapan/banner kuki kami. Anda boleh mengubah keutamaan pada bila-bila masa.
(f) Data Peribadi Sensitif
Sesetengah maklumat yang kami proses mungkin merupakan data peribadi sensitif, termasuk maklumat berkaitan kesihatan yang anda berikan (contohnya data berkaitan kehamilan, catatan kesejahteraan) dan apa-apa data lain yang diklasifikasikan sebagai sensitif di bawah undang-undang yang berkenaan. Kami memproses data peribadi sensitif dengan kebenaran nyata anda (jika dikehendaki) dan menggunakan kawalan akses yang lebih ketat, obligasi kerahsiaan serta langkah keselamatan tambahan. Anda boleh menarik balik kebenaran seperti di Seksyen 10, namun ini boleh mengehadkan fungsi tertentu (contohnya AI insights berasaskan data kesihatan).
Sila ambil perhatian bahawa sesetengah data peribadi adalah wajib untuk membolehkan anda mengakses atau menggunakan Perkhidmatan teras kami — contohnya, maklumat perhubungan diperlukan untuk membuat akaun atau menjadualkan janji temu. Jika anda memilih untuk tidak memberikan maklumat wajib (seperti maklumat perhubungan bagi pendaftaran akaun atau penjadualan janji temu), kami mungkin tidak dapat mendaftarkan akaun anda, mengesahkan tempahan, atau menyediakan Perkhidmatan yang diminta. Jenis data lain seperti catatan diari emosi atau log pergerakan bayi adalah pilihan dan boleh ditinggalkan tanpa menjejaskan akses asas anda. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk memberikan maklumat pilihan ini mungkin mengehadkan keupayaan anda untuk menerima pandangan peribadi atau menikmati fungsi aplikasi tertentu. Kami juga akan, jika berkenaan, memaparkan notis yang jelas di dalam aplikasi pada masa pengumpulan untuk menyatakan sama ada sesuatu medan data adalah wajib atau pilihan, serta kesan jika maklumat tersebut tidak diberikan.
4. Bagaimana kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda?
Anda memberikan Data Peribadi secara langsung kepada kami dengan mengakses salah satu laman web atau aplikasi kami, menghadiri salah satu acara kami, datang untuk janji temu perundingan, mendaftar dan/atau menggunakan salah satu Perkhidmatan, serta menyertai aktiviti bersama kami (contohnya aktiviti penyelidikan pengguna). Kami juga boleh mendapatkan Data Peribadi dalam konteks penyediaan Perkhidmatan atau memperoleh maklumat mengenai anda daripada sumber pihak ketiga, seperti pangkalan data awam dan platform media sosial.
5. Mengapa kami memproses Data Peribadi anda?
Kami mungkin memproses Data Peribadi anda untuk satu atau lebih bagi tujuan berikut:
(a) Menyediakan Perkhidmatan yang diminta
Untuk menyediakan Perkhidmatan yang diminta dan memastikan kami memenuhi obligasi kontrak dengan anda. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Data kesihatan kehamilan tertentu termasuk tarikh jangkaan bersalin, berat badan, tekanan darah, dan sebarang maklumat kesihatan lain yang relevan untuk menyediakan laporan imbasan yang tepat dan menjadualkan janji temu. Data ini digunakan untuk menghasilkan laporan imbasan kehamilan yang terperinci, menjejaki perkembangan janin, dan memberikan cadangan peribadi untuk kesihatan ibu.
Data corak transaksi yang dikumpul termasuklah sejarah pembelian dan corak pelayaran dalam laman web dan aplikasi mudah alih untuk memahami keutamaan pengguna dan mencadangkan produk atau perkhidmatan yang relevan. Data ini juga boleh digunakan untuk iklan yang disasarkan dan inisiatif pemasaran bagi meningkatkan pengalaman pengguna keseluruhan.
Menjawab permintaan anda untuk bantuan, pemprosesan pembayaran, pengebilan, penyimpanan data, dan menjawab sebarang permintaan yang anda hantar kepada kami melalui laman web, e-mel atau cara lain.
Kami menggunakan dua jenis alat automatik dalam penyampaian perkhidmatan kami: Flabee AI Insights dan proses pengesahan imej dalaman.
Flabee AI Insights ialah ciri berjenama yang dikuasakan oleh perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) pihak ketiga yang selamat. Ia menganalisis catatan kesihatan yang dihantar oleh pengguna — seperti log emosi, pengiraan tendangan bayi, penjejakan ovulasi dan nota kesejahteraan — untuk menjana ringkasan berguna yang dipaparkan dalam aplikasi. Ringkasan ini bersifat maklumat semata-mata dan tidak disemak oleh staf klinikal. Ia tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menggantikan nasihat perubatan profesional. Flabee AI Insights dijana secara automatik oleh penyedia perkhidmatan AI pihak ketiga yang bertindak sebagai pemproses data bagi pihak kami. Untuk tujuan ini, kami mungkin berkongsi (i) catatan kesejahteraan yang anda hantar (contohnya log dan nota), dan (ii) konteks aplikasi yang terhad seperti pilihan bahasa, negara, julat umur dan peringkat kehamilan jika berkenaan. Kami tidak menghantar butiran perhubungan akaun anda (seperti nama penuh, NRIC/nombor pengenalan, alamat emel, atau nombor telefon) untuk ciri ini kecuali jika maklumat tersebut telah dimasukkan oleh anda sendiri dalam kandungan yang anda hantar. Flabee AI Insights disediakan untuk membantu anda memahami catatan anda sendiri. Kami tidak menggunakan Flabee AI Insights untuk membuat keputusan automatik yang menghasilkan kesan undang-undang atau kesan ketara yang serupa terhadap anda (contohnya keputusan kelayakan). Anda juga boleh memilih untuk tidak menggunakan ciri pilihan yang bergantung pada AI.
Secara berasingan, bagi tujuan keselamatan dan jaminan kualiti dalaman, kami menggunakan alat automatik (termasuk perkhidmatan AI pihak ketiga) untuk mengekstrak teks yang terpapar (seperti nama pesakit) daripada imej atau video ultrasound bagi mengurangkan risiko tersalah muat naik ke akaun pengguna yang lain. Jika teks yang diekstrak tidak sepadan dengan akaun pengguna yang dimaksudkan, sistem kami akan memaparkan peringatan untuk staf menyemak semula sebelum muat naik disahkan. Imej atau video (yang mungkin mengandungi nama pesakit seperti yang tertera pada imbasan) diproses hanya untuk tujuan pengekstrakan teks dan padanan secara masa nyata. Tiada penyimpanan kekal fail anda berlaku di platform AI. Semua log pemprosesan dan sebarang kandungan sementara tertakluk kepada kawalan kerahsiaan dan keselamatan yang ketat oleh penyedia perkhidmatan kami, dan akan dipadamkan selepas tempoh tertentu mengikut dasar mereka.
(b) Meningkatkan dan memperbaiki Perkhidmatan kami
Untuk memperbaiki operasi, sistem, produk, dan proses kami bagi meningkatkan kualiti pengalaman anda, kami perlu memahami keutamaan anda, menganalisis data penggunaan yang digabungkan, dianonimkan atau statistik serta maklumat kerosakan, dan menjalankan tinjauan berkaitan Perkhidmatan kami.
(c) Membolehkan keselamatan dan pematuhan
Untuk memastikan keselamatan dan pematuhan Perkhidmatan kami dengan tujuan untuk melindungi daripada, menyiasat, dan menghalang aktiviti penipuan, tidak sah, atau aktiviti yang menyalahi undang-undang serta mengelakkan dan mengesan serangan ke atas aplikasi kami atau penyalahgunaan Perkhidmatan kami. Untuk memastikan keselamatan yang sesuai bagi premis pejabat kami dan mematuhi sebarang kewajipan undang-undang dan peraturan.
(d) Melaksanakan aktiviti berkaitan jualan, pemasaran dan acara
Untuk menyampaikan informasi mengenai acara yang akan datang, produk, perkhidmatan dan untuk pengiklanan secara langsung; Untuk memaklumkan anda mengenai Perkhidmatan kami; Untuk menguruskan pendaftaran anda untuk acara kami dan menyediakan media visual dan audio yang berkaitan dengan acara tersebut kepada anda. Kami boleh menggunakan data peribadi terhad (seperti sejarah pembelian atau corak penggunaan umum) untuk menyesuaikan kandungan pemasaran jika dibenarkan undang-undang. Anda boleh membantah atau berhenti menerima pemasaran langsung pada bila-bila masa melalui pautan nyah-langgan (jika tersedia) atau dengan menghantar e-mel ke [email protected] (Perhatian: DPO).
6. Bila kami akan memproses Data Peribadi anda?
Kami memproses Data Peribadi selaras dengan PDPA Malaysia (sebagaimana dipinda). Jika kami bergantung kepada kebenaran, kami akan mendapatkan kebenaran anda melalui notis yang jelas dan tindakan pengesahan (contohnya melalui notis dalam aplikasi, borang, atau tetapan). Apabila dibenarkan undang-undang, kami juga boleh memproses Data Peribadi tanpa kebenaran, termasuk apabila pemprosesan diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan yang anda minta, mematuhi kewajipan undang-undang, atau untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan. Jika kami bergantung kepada kebenaran, anda boleh menarik balik kebenaran seperti di Seksyen 10, tertakluk kepada pengecualian undang-undang dan keperluan operasi perkhidmatan.
Kami mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi yang kami simpan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemaskini, dengan mengambil kira tujuan data tersebut dikumpulkan dan diproses seterusnya. Jika terdapat perubahan pada maklumat anda, sila maklumkan kepada kami supaya rekod kami dapat dikemaskini.
Jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, sekiranya anda tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memberikan kebenaran sendiri, kami mungkin memerlukan kebenaran daripada ibu bapa, penjaga, atau wakil yang diberi kuasa sebelum memproses Data Peribadi tertentu (terutamanya Data Peribadi Sensitif).
7. Siapa yang akan mempunyai akses kepada Data Peribadi anda?
Bergantung kepada tujuan dan keperluan, kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori penerima berikut:
Kepada kakitangan dalaman Flabee berdasarkan atas dasar keperluan untuk menjalankan tugas.
Kepada agensi, juruaudit, atau penasihat lain di bawah kewajipan profesional kerahsiaan berkaitan dengan fungsi korporat.
Apabila anda mendaftar untuk acara kami di mana pihak ketiga dilantik oleh Flabee untuk menganjurkan, menaja atau membentangkan (termasuk webinar dan latihan), kami mungkin berkongsi Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga tersebut untuk mentadbir acara dan, jika anda telah memberikan kebenaran atau jika dibenarkan undang-undang, untuk pemasaran berkaitan. Pihak ketiga tersebut boleh bertindak sebagai pengawal data bebas untuk pemprosesan mereka sendiri; amalan privasi mereka akan terpakai bagi penggunaan Data Peribadi anda oleh mereka.
Kepada pihak kerajaan, penguatkuasa undang-undang dan badan pengawalseliaan untuk memenuhi kewajipan undang-undang atau peraturan yang berkenaan.
Dalam menyediakan Perkhidmatan kami, kami bekerjasama dengan penyedia pihak ketiga terpilih yang menyokong fungsi utama, termasuk:
– Penyedia infrastruktur awan untuk menyimpan dan mengurus data anda secara selamat
– Penyedia analitik dan AI untuk membantu mentafsir data kesihatan anda (contohnya, log diari atau pergerakan bayi) dan menjana pandangan yang berkaitan
– Platform komunikasi dan pemberitahuan untuk menghantar makluman dan peringatan perkhidmatan
– Penyedia pemprosesan automatik (termasuk penyedia AI/OCR) untuk menjana Flabee AI Insights dan melaksanakan semakan pengesahan muat naik dalaman.
Sekiranya penyedia ini memproses Data Peribadi bagi pihak kami, kami memerlukan perlindungan kontrak dan obligasi kerahsiaan, serta mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai dilaksanakan. Jika kami melantik pemproses data, kami mengkehendaki mereka melaksanakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai serta memproses Data Peribadi hanya mengikut arahan bertulis kami. Kami juga mengkehendaki pemproses data memaklumkan kami dengan segera tentang sebarang pelanggaran data peribadi yang disyaki atau berlaku dan bekerjasama dalam siasatan, pemulihan, serta (jika berkenaan) notifikasi kepada pihak berkuasa dan pengguna.
Sesetengah penyedia perkhidmatan kami mungkin memproses Data Peribadi di luar Malaysia (contohnya di pusat data serantau). Apabila kami memindahkan Data Peribadi merentas sempadan, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan perlindungan yang sesuai dilaksanakan dan pemindahan dibuat selaras dengan PDPA (sebagaimana dipinda) serta apa-apa keperluan atau panduan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, termasuk bergantung pada mekanisme pemindahan yang sah atau pengecualian yang dibenarkan (jika berkenaan).
8. Berapa lama kami menyimpan Data Peribadi anda?
Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, kami menyimpan Data Peribadi anda hanya selama yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, dan untuk tujuan undang-undang/peraturan/cukai/perakaunan atau tuntutan (jika berkenaan). Anda boleh membuat permintaan pemadaman atau penyamaran data (anonymisation) bagi data tertentu, dan kami akan menilai serta mematuhinya jika dikehendaki atau wajar, tertakluk kepada pengecualian yang sah.
Ringkasan yang dijana AI (seperti Flabee AI Insights) boleh disimpan dalam akaun anda bagi membolehkan anda melihat sejarah dan menjejak trend. Kami menyimpan maklumat tersebut hanya selama yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan. Bagi pengesahan muat naik dalaman, sebarang log pemprosesan sementara disimpan hanya untuk tempoh yang ditetapkan oleh dasar penyedia perkhidmatan kami dan kemudian dipadamkan.
Apabila Data Peribadi tidak lagi diperlukan untuk tujuan ia dikumpulkan dan kami tidak diwajibkan untuk menyimpannya bagi sebab undang-undang atau perniagaan, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memusnahkan atau memadam secara kekal data tersebut. Jika anda ingin menarik balik kebenaran (jika pemprosesan berasaskan kebenaran) atau mengemukakan permintaan berkaitan penyimpanan/pemadaman data, sila hubungi [email protected] (Perhatian: DPO).
9. Bagaimana kami melindungi Data Peribadi anda?
Untuk melindungi Data Peribadi anda daripada pemusnahan, kehilangan, penggunaan, atau pengubahsuaian secara tidak sengaja atau tidak sah serta daripada pendedahan atau akses yang tidak dibenarkan, kami menggunakan langkah-langkah keselamatan fizikal, teknikal, dan organisasi yang mencukupi.
Secara khusus:
Penyulitan data semasa disimpan dan dalam penghantaran
Audit keselamatan berkala dan ujian penembusan/ ujian kebocoran keselamatan
Kawalan akses yang mengehadkan akses kepada Data Peribadi berdasarkan keperluan untuk mengetahui atas dasar keperluan tugas
Prosedur sandaran data dan pemulihan bencana
Walaupun kami berusaha untuk memastikan keselamatan Data Peribadi anda, tiada penghantaran data melalui internet atau sistem penyimpanan elektronik yang boleh dijamin 100% selamat.
Jika kami mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pelanggaran data peribadi telah berlaku, kami akan menilai insiden tersebut serta mengambil langkah segera untuk mengawal dan memulihkannya. Jika dikehendaki undang-undang, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi secepat yang praktik. Jika pelanggaran tersebut menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan kemudaratan yang ketara kepada individu terjejas, kami juga akan memaklumkan individu terjejas tanpa kelewatan yang tidak perlu, termasuk (jika bersesuaian): ringkasan insiden, jenis data terlibat, kesan berkemungkinan, langkah yang diambil, langkah yang boleh anda ambil, dan cara menghubungi DPO kami untuk maklumat lanjut. Jika dikehendaki oleh undang-undang atau garis panduan yang terpakai, notifikasi kepada Pesuruhjaya dan/atau individu terjejas akan dibuat secepat yang praktik dan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh keperluan yang terpakai.
10. Apakah hak anda berkenaan Data Peribadi anda?
Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, anda boleh membuat permintaan berkaitan Data Peribadi anda seperti berikut:
(a) Akses dan pembetulan Data Peribadi;
(b) Menarik balik kebenaran (jika pemprosesan berasaskan kebenaran);
(c) Berhenti/menolak pemprosesan untuk pemasaran langsung; dan
(d) Kebolehpindahan data (jika berkenaan dan jika diperuntukkan/berkuat kuasa di bawah undang-undang yang terpakai, serta boleh dilaksanakan secara teknikal), iaitu permintaan supaya data tertentu dihantar kepada pengawal data lain.
Cara mengemukakan permintaan: Sila e-mel [email protected] dengan butiran permintaan anda. Kami mungkin meminta maklumat tambahan untuk mengesahkan identiti anda dan mencari data berkaitan. Kami akan memberi respons dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang yang terpakai. Jika berkenaan, kami menyasarkan untuk memberi respons dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas menerima permintaan lengkap dan kami boleh melanjutkan tempoh tersebut jika dibenarkan undang-undang. Kami juga boleh mengenakan yuran tambahan jika dibenarkan undang-undang, dan kami akan memaklumkan anda terlebih dahulu jika yuran tambahan dikenakan.
Anda boleh menghadkan pemprosesan tertentu dengan
(i) memilih untuk berhenti menerima komunikasi pemasaran pada bila-bila masa melalui pilihan nyah-langgan (jika tersedia) atau dengan menghantar e-mel ke [email protected] (Perhatian: DPO), dan/atau
(ii) memilih untuk tidak menggunakan ciri pilihan seperti log kesejahteraan atau Flabee AI Insights. Sila ambil perhatian bahawa menghadkan pemprosesan tertentu boleh mengurangkan ketersediaan ciri atau tahap pemperibadian.
Anda boleh menarik balik kebenaran terhadap pemprosesan Data Peribadi anda melalui notis bertulis (termasuk melalui emel). Jika berkenaan, selepas menerima notis tersebut kami akan menghentikan pemprosesan yang berkaitan, tertakluk kepada keadaan di mana pemprosesan diperlukan untuk penyampaian perkhidmatan, pematuhan undang-undang, atau bagi pengemukaan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang. Anda juga boleh meminta kami menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran secara langsung melalui notis bertulis.
Jika anda tidak berpuas hati dengan respons kami, anda juga boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi / Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), selaras dengan undang-undang yang terpakai.
11. Kemaskini
Kami sentiasa memantau perubahan dalam undang-undang perlindungan data yang berkenaan, termasuk pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia (PDPA). Apabila perlu, kami akan mengemas kini amalan dan dokumentasi kami — termasuk Dasar Privasi ini — untuk mencerminkan kewajipan baharu atau penambahbaikan operasi. Kami akan memaklumkan kepada anda mengenai sebarang perubahan penting dengan menyiarkan Polisi Privasi yang baru di laman web kami dan, jika berkenaan, melalui saluran komunikasi lain. Kami juga menyelenggara rekod dalaman mengenai kebenaran pengguna, aliran data, dan pengendalian data oleh pihak ketiga sebagai sebahagian daripada pematuhan berterusan ini.
Kemaskini Terakhir pada 20 December 2025.